MALAYSIA BERHATI-HATI SOKONG CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KEAMANAN BAGI GAZA – PM
Malaysia mengambil pendirian berhati-hati sebelum memberikan dukungan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza selagi serangan rejim Zionis Israel belum dihentikan dan bantuan kemanusiaan tidak dijamin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil pendirian berhati-hati sebelum memberikan dukungan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan bagi Gaza selagi serangan rejim Zionis Israel belum dihentikan dan bantuan kemanusiaan tidak dijamin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun Malaysia menyokong langkah-langkah untuk menjamin keamanan, beberapa isu telah membangkitkan kebimbangan terhadap komposisi dan mandat jawatankuasa berkenaan.
Ini termasuk berhubung kemungkinan penyertaan Perdana Menteri Israel dalam jawatankuasa itu dan penglibatan bekas Perdana Menteri United Kingdom Tony Blair, yang dianggap terlibat secara langsung dalam serangan ke atas Iraq selain mempunyai sikap tidak telus serta tidak adil dalam isu Palestin dan Gaza.
“Pada dasarnya, kita sokong langkah-langkah untuk menjamin keamanan tetapi kita juga ada beberapa pandangan tentang penubuhan jawatankuasa itu dan ahli-ahli yang terlibat… banyak pengumuman itu belum disahkan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) berhubung pendirian Malaysia terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan penubuhan Jawatankuasa Keamanan untuk Gaza.
Anwar juga berpandangan bahawa cadangan penubuhan jawatankuasa itu bukanlah penyelesaian munasabah selagi serangan Israel terhadap penduduk di Gaza masih berterusan.
“Perjanjian sudah dimeterai tetapi serangan rejim Zionis Israel masih berterusan… bagi saya, perkara pertama yang harus dilakukan ialah hentikan serangan… yang kedua, berikan laluan untuk ditambah bantuan makanan dan keselesaan hidup mereka.
“Ada usul umpamanya daripada Presiden Turkiye untuk memberikan kemudahan pembangunan perumahan besar-besaran tetapi perkara itu dihalang sampai hari ini… dihalang oleh Israel… jadi, maknanya ada perdamaian, (tetapi) makan minum tak terjamin.
“Jadi, sebab itu Malaysia agak berhati-hati sebelum memberikan dukungan terhadap usul ini,” katanya.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat ini, dan Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) telah diminta mendapatkan senarai penuh keanggotaan jawatankuasa tersebut.
Selain itu, beliau berkata Malaysia turut berbincang dengan pemimpin dunia seperti Arab dan Turkiye untuk mendapatkan pandangan mereka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager