PENGUKURAN PEMBELAJARAN TAHUN 4 DILAKSANA TAHUN INI – PM
Kerajaan akan memperkenal pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah melalui Matriks Pembelajaran Malaysia bermula dengan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pada 2027.
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenal pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah melalui Matriks Pembelajaran Malaysia bermula dengan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pada 2027.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat akan dilaksana mulai 2026 membabitkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Beliau berkata Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula akan diperkenal mulai 2027 membabitkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Anwar berkata kedua-dua pengukuran akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem penilaian pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada penguasaan pembelajaran murid.
“Pendekatan ini bertujuan memastikan tahap penguasaan murid dapat dikenal pasti lebih awal seterusnya membolehkan intervensi dibuat secara lebih tersasar bagi meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini.
Anwar turut mengumumkan penstrukturan semula umur kemasukan murid ke sistem pendidikan formal negara, dengan prasekolah ditetapkan bermula pada umur lima tahun dan Tahun Satu pada umur enam tahun, berkuat kuasa mulai 2027 bergantung kepada kesediaan ibu bapa.
Beliau berkata langkah itu selaras dengan usaha memastikan kesediaan pembelajaran kanak-kanak diperkukuh sejak peringkat awal lagi di samping menyokong pembangunan potensi murid secara lebih seimbang.
“Dulu masuk sekolah layak pada umur tujuh tahun tetapi sekarang, adik-adik kita pada usia lima tahun pun sudah menunjukkan kematangan yang berbeza selari dengan perubahan masa dan tuntutan zaman.
“Sebab itu mulai 2027, kita perkenalkan pilihan kemasukan lebih awal tanpa mewajibkannya kerana mungkin masih ada ibu bapa yang merasakan anak mereka belum bersedia,” katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan mengekalkan kelayakan masuk Tahun Satu pada usia tujuh tahun namun menggalakkan ibu bapa yang bersedia menghantar anak mereka ke prasekolah seawal umur lima tahun.
Pada masa sama, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menaik taraf bilik guru di seluruh negara selepas mengambil maklum bahawa lebih 30 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat.
Anwar juga berkata keadaan persekitaran kerja guru turut diberi perhatian kerana memberi kesan langsung kepada kesejahteraan dan motivasi warga pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh ekosistem pendidikan negara secara menyeluruh merangkumi aspek kurikulum, penilaian, prasarana dan kebajikan guru demi melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing.
Pelan pendidikan baharu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hari ini membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan pelan itu adalah reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih adil, berdaya saing serta berakar pada nilai agar mereka berpeluang membina kehidupan yang bermakna dan bermaruah.
RPN diterajui bersama oleh KPT (menerusi RPTM) manakala KPM menerajui Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.
Pelaksanaan RPTM 2026-2035 dan RPM 2026-2035 secara bersepadu di bawah RPN 2026-2035 mencerminkan keselarasan dasar pendidikan negara yang menyeluruh dan berfasa bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
Sebelum ini, kerajaan menerusi Belanjawan 2026 memperuntukkan RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan.
Peruntukan itu meningkat daripada tahun sebelumnya bagi memperkasa pendidikan dengan fokus kepada prasarana sekolah, bantuan murid miskin (termasuk Bantuan Awal Persekolahan RM150 untuk semua 5.2 juta murid), makanan tambahan, pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan guru dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dengan penekanan pada reformasi sistem pendidikan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests