Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU DAN KELINDAN TRELER MAUT, TERCAMPAK KE BAWAH LEBUHRAYA SPE

DALAM NEGARA

PEMANDU DAN KELINDAN TRELER MAUT, TERCAMPAK KE BAWAH LEBUHRAYA SPE

Seorang pemandu treler dan kelindannya maut akibat tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas kenderaan itu terbabas merempuh penghadang jalan berhampiran Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sumber: JBPM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu treler dan kelindannya maut akibat tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas kenderaan itu terbabas merempuh penghadang jalan berhampiran Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.55 malam sebelum sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu digegaskan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nur Zahela Mohamad Zainal telah memaklumkan setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah treler telah melanggar batu penghadang konkrit lebuh raya yang mengakibatkan dua lelaki iaitu pemandu dan kelindan warga tempatan tercampak ke bawah lebuh raya terbabit.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut PGO JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan. 

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading