Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERANA ANJING, PEMANDU E-HAILING REMPUH RUMAH, TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

KERANA ANJING, PEMANDU E-HAILING REMPUH RUMAH, TIGA KENDERAAN

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan cuba mengelak haiwan dipercayai anjing yang tiba-tiba melintas di laluan sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan

JOHOR BAHRU: Gara-gara mengelak anjing, seorang pemandu e-hailing merempuh empat kenderaan dan sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Permas Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 4.10 petang itu membabitkan empat kereta, sebuah motosikal dan sebuah rumah.

Ketika kejadian, pemandu yang juga lelaki berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala ke sebuah kawasan perumahan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan cuba mengelak haiwan dipercayai anjing yang tiba-tiba melintas di laluan.

“Ia menyebabkan kenderaannya memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal, sebuah rumah dan tiga kereta yang diletakkan di hadapan rumah terbabit,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pemandu e-hailing itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading