MALAYSIA DIJANGKA TERIMA BEKALAN VAKSIN COVID-19 PADA SUKU PERTAMA 2021 – KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun hadapan.

Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata petugas barisan hadapan antara yang akan diberi keutamaan untuk menerima bekalan vaksin awal tersebut.

“Bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan wajaran pertama untuk tiga peratus populasi negara yang terdiri daripada para petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan.

“Akses vaksin kepada masyarakat luar bandar dan pendalaman yang tidak berkemampuan akan diperhalusi dan diangkat sebagai keutamaan sejajar dengan COVID-19 ini dilihat sebagai satu keperluan awam,” katanya.

Khariy berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan berhubung jaminan dari aspek kecukupan pembekalan vaksin untuk COVID-19 yang dikatakan sedang berada dalam penentuan harga tempatan dan apakah usaha kementerian dalam memastikan vaksin dapat dibekalkan secara saksama kepada rakyat luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan. — AlHijrah Online

Leave a Reply