Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SETUJU DAN SEDIA KAJI CADANGAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

SETUJU DAN SEDIA KAJI CADANGAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP – MUHYIDDIN

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.

“Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.

Belanjawan 2021 ini merupakan belanjawan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, yang akan dibentangkan pada 6 November.

Kerajaan telah melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP pada tahun ini, antaranya caruman pekerja dikurangkan dari 11 peratus kepada tujuh peratus.

Selain itu menerusi i-Lestari, pencarum juga boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading