Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RUMAH DIJILAT API, 5 MANGSA DIJUMPAI RENTUNG

DALAM NEGARA

RUMAH DIJILAT API, 5 MANGSA DIJUMPAI RENTUNG

KLANG: Empat lelaki dan seorang wanita ditemui rentung dalam insiden kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Delek Kanan, Klang, awal pagi tadi.

Kelima-lima mangsa gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap dengan jeriji pintu belakang rumah masing-masing.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya percaya kesemua mangsa cuba untuk bersembunyi di dalam bilik air rumah masing-masing selepas usaha mereka untuk keluar melalui pintu belakang gagal.

“Kami percaya mereka cuba menyelamatkan diri dan cuba lari ke bahagian belakang tapi sebab pintu rumah belakang dihalangi oleh jeriji besi dan berkunci maka mereka terperangkap dan cuba masuk bersembunyi dalam bilik air dengan harapan keadaan bilik air sejuk.

“Tetapi mereka kemungkinan terhidu asap dan lemas,” katanya.

Menurut bomba kebakaran maut hanya melibatkan dua buah rumah dari lima yang terbakar.

Salah seorang mangsa Ubaidilah Ayob yang juga warganegara Kemboja ditemui meninggal dunia di rumah pertama.

Manakala empat lagi mangsa melibatkan sepasang suami isteri, Sarimah Yusof (Warga Kemboja) dan Fauzi Daut (warga tempatan), kakak kepada Fauzi, Fauziah Daut serta anak saudara pasangan terbabit Mohd Amirudin Ali meninggal dunia di rumah kedua.

Keadaan rumah yang rapat serta struktur rumah yang mudah terbakar menyebabkan api marak dengan cepat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading