MALAYSIA, PALESTIN METERAI EMPAT MOU PERKUKUH HUBUNGAN
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyaksikan majlis menandatangani empat MoU mengenai Penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama, Kerjasama dalam Bidang Kesihatan, Pelancongan dan Hal Ehwal Islam.
NEW YORK: Hubungan akrab antara Malaysia dan Palestin yang terjalin begitu lama diperkukuhkan lagi dengan termeterainya empat memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyaksikan majlis menandatangani empat MoU mengenai Penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama, Kerjasama dalam Bidang Kesihatan, Pelancongan dan Hal Ehwal Islam.
Sebelum itu, kedua-dua pemimpin yang berada di kota metropolitan ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, mengadakan pertemuan dua hala di hotel penginapan Abbas.
Pada pertemuan selama 30 minit itu, Ismail Sabri mengulangi komitmen Malaysia dalam mendukung perjuangan dan hak Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.
Perdana Menteri turut mengulangi pendirian Malaysia sejak sekian lama iaitu tidak sama sekali menyokong Israel di mana-mana platform antarabangsa sehingga Palestin mendapat hak mereka sebagai negara berdaulat, proses perdamaian Israel dan Palestin selesai serta penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin.
Bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, Abbas menjemput Ismail Sabri untuk mengadakan lawatan rasmi ke Palestin bagi melihat sendiri penindasan dan kemusnahan yang dilakukan oleh Israel terhadap wilayah itu dan rakyatnya.
Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengalu-alukan rakyat Palestin menyambung pelajaran di Malaysia dalam bidang-bidang penting untuk pembangunan semula Palestin.
Sehingga kini, terdapat kira-kira 800 penuntut Palestin di universiti terkemuka di Malaysia yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, antaranya teknikal, kejuruteraan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Di akhir pertemuan itu, Ismail Sabri sekali lagi mengulangi lagi sekali komitmen Malaysia berkaitan isu-isu Palestin dan akan sentiasa memastikan ia diberikan perhatian yang adil dan saksama di forum antarabangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked