MALAYSIA SAKSI PERTABALAN SULTAN IBRAHIM SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17 HARI INI
Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.
KUALA LUMPUR: Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.
Berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, istiadat pertabalan itu ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara yang menggalas tanggungjawab menjadi payung mahkota menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.
Istiadat penuh gilang-gemilang itu pastinya dinantikan oleh 34 juta rakyat Malaysia, selain menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, sekali gus mempamerkan keunikan dan keutuhan warisan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.
Istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah itu juga menyempurnakan peruntukan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bukti kesinambungan pemerintahan raja Melayu dengan sistem pelantikan Yang di-Pertuan Agong secara bergilir yang hanya diamalkan di Malaysia.
Lebih signifikan, Sultan Ibrahim yang buat kali pertama bersemayam di takhta kerajaan Persekutuan itu, ialah generasi kedua Kesultanan Johor untuk menggalas tanggungjawab berkenaan selepas Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.
Mengikut sistem penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem berkenaan sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Segala persiapan bagi menyempurkan istiadat itu dilakukan dengan penuh teliti, menyaksikan Istana Negara sebagai lokasi penting kepada peristiwa bersejarah itu, dihias indah simbolik ketinggian darjat Yang di-Pertuan Agong sebagai sebuah institusi yang berdaulat.
Malah, di sekitar ibu negara juga meriah dengan gegantung ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka Baginda berdua bagi meraikan upacara penting yang secara tradisinya hanya berlaku setiap lima tahun.
Menurut Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, walaupun istiadat pertabalan itu masih mengikut “acuan” asal tanpa sebarang perubahan, namun tetap mempunyai keistimewaan tersendiri dengan sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Azuan Effendy berkata istiadat pertabalan itu juga akan menyaksikan Sultan Ibrahim menggunakan peralatan kebesaran istiadat seperti Pending Diraja yang sama digunakan Almarhum Sultan Iskandar ketika ditabal sebagai Ketua Utama Negara.
“Elemen lain yang disifatkan istimewa pada istiadat pertabalan kali ini ialah penggunaan Nobat Diraja Perak yang pastinya menggamit nostalgia kerana pada istiadat pertabalan Almarhum Sultan Iskandar dulu pun menggunakan Nobat Diraja Perak,” katanya.
Pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 oleh raja-raja Melayu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 Okt 2023 dan Seri Paduka Baginda seterusnya mengangkat sumpah jawatan pada 31 Jan di Istana Negara.
Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan.
Istiadat yang dijadual bermula 9 pagi ini, dilaksanakan mengikut tertib serta aturan protokol yang setiap satu daripadanya mempunyai perlambangan tersendiri, misalnya istiadat ketenteraan menjadi pendahulu kepada istiadat berkenaan membawa simbolik bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Istiadat bersejarah itu akan dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri, perwakilan diplomatik asing di negara ini serta pemimpin-pemimpin utama negara.
Tetamu diraja dari luar, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa juga dijadual berangkat ke istiadat itu.
Istiadat berkenaan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta stesen televisyen lain, termasuk pelbagai platform media sosial dan buat kali pertama, istiadat itu juga boleh disaksikan rakyat menerusi “wayang pacak” yang disediakan Jabatan Penerangan dengan kerjasama Komuniti MADANI di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager