Malaysia akan menyalurkan bantuan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) kepada Afghanistan susulan tragedi gempa bumi kuat yang melanda beberapa wilayah di negara berkenaan pada 31 Ogos lepas.
PUTRAJAYA: Malaysia akan menyalurkan bantuan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) kepada Afghanistan susulan tragedi gempa bumi kuat yang melanda beberapa wilayah di negara berkenaan pada 31 Ogos lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata HADR itu meliputi bantuan perubatan dan kesihatan, bekalan makanan dan bukan makanan, serta penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO).
“Kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian bantuan kewangan kepada Afghanistan, yang jumlahnya akan ditentukan oleh Jemaah Menteri.
“Tiada keperluan untuk menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Afghanistan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata perkara itu diputuskan berdasarkan maklumat dan ulasan yang diperoleh daripada Kedutaan Afghanistan di Malaysia serta Kementerian Luar (KLN).
Ahmad Zahid dalam pada itu, turut merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam kepada rakyat Afghanistan susulan bencana itu yang telah mengorbankan banyak nyawa, mencederakan ratusan ribu penduduk, serta menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan penempatan awam.
“Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Afghanistan yang terkesan akibat bencana ini, dan menegaskan komitmen berterusan untuk bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam usaha meringankan penderitaan mereka,” katanya.
Pada 31 Ogos lepas, gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter direkodkan di pergunungan Hindu Kush, kira-kira 27 kilometer barat daya bandar Asadabad di timur Afghanistan.
Menurut data terkini, jumlah korban kini melebihi 2,200 orang, manakala kira-kira 3,600 lagi cedera.
Pada 2 Sept, satu lagi gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda pergunungan Hindu Kush.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager