KKM PANDANG SERIUS SERANGAN SIBER TERHADAP DR JESSIE
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius serangan siber terhadap pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu yang menjadi saksi dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
CHUKAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius serangan siber terhadap pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu yang menjadi saksi dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata serangan siber terhadap seorang pakar perubatan seperti Dr Jessie yang menjalankan tugas profesionalnya adalah tidak wajar kerana boleh mencemarkan martabat profesion perubatan negara.
“Kita boleh pertikai apa pun sahaja tidak mengapa tetapi sampai ke paras buli secara siber itu pada saya sangat tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas sesi INTAN Minister’s Conversation 2025 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur di sini hari ini.
Beliau berkata berkata semua pihak harus menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan serta mengiktiraf integriti dan kredibiliti profesion perubatan yang berkhidmat berdasarkan fakta serta prinsip sains.
Dzulkefly berkata perkara itu penting dalam mewujudkan suasana harmoni di negara ini dan masyarakat tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menjejaskan moral petugas kesihatan.
“Kita sedia maklum, mereka (petugas kesihatan) terbeban dengan kerja dan tugas yang berat. Saya harap semua akan dapat menghormati proses kehakiman ini,” katanya.
Sebelum ini polis mengesahkan membuka siasatan susulan laporan daripada Dr Jessie selepas menerima ugutan di media sosial.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Terdahulu sesi INTAN Minister’s Conversation 2025 yang bertemakan “Reformasi Pembiayaan Kesihatan: Mencapah Mendepani Cabaran” dihadiri hampir 900 penjawat awam dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Selain memberi pencerahan mengenai hala tuju baharu pembiayaan kesihatan negara selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan awam yang lebih mampan, inklusif, dan berdaya tahan, sesi pada hari ini juga memberi peluang kepada peserta bertanyakan pelbagai isu berbangkit kepada Dr Dzulkefly.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.