POLIS JOHOR RAMPAS 80 KG SYABU BERNILAI HAMPIR RM2.6 JUTA, TIGA DITAHAN
Polis Johor merampas dadah jenis syabu seberat 80 kilogram (kg) bernilai hampir RM2.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Penawar, Kota Tinggi pada 2 Sept lepas.
JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas dadah jenis syabu seberat 80 kilogram (kg) bernilai hampir RM2.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Penawar, Kota Tinggi di sini pada 2 Sept lepas.
Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan kira-kira 10.30 malam pada 2 Sept hingga 4 pagi, 3 Sept itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Tinggi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
“Dalam serbuan tersebut, pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita termasuk seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia, berusia antara 34 hingga 43 tahun.
“Hasil serbuan, JSJN Johor telah merampas dadah disyaki syabu seberat 80,330 gram atau dianggarkan 80 kg, yang dibungkus dalam 76 bungkusan minuman teh Cina. Nilai anggaran rampasan dadah adalah RM2,570,560,” katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.
Ab Rahaman berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan menggunakan kawasan rumah teres berpagar dan berpengawal sebagai stor transit sebelum dadah diedarkan ke pasaran luar negara terutamanya di Riau dan Pulau Batam, Indonesia.
Sindiket tersebut dipercayai aktif sejak April 2024 dan jumlah syabu yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 401,650 penagih jika terlepas ke pasaran.
Polis katanya turut menyita empat kereta bernilai RM341,000, dua motosikal bernilai RM40,000, wang tunai RM4,000, mata wang rupiah Indonesia berjumlah Rp14 juta (bersamaan kira-kira RM3,607) serta barang kemas bernilai RM21,497.93.
Beliau berkata secara keseluruhan, nilai rampasan dadah dan harta berkaitan adalah hampir RM3 juta dan ketiga-tiga suspek kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika dipenjarakan seumur hidup, pesalah juga boleh dikenakan sebatan tidak melebihi 15 kali.
Wanita warga Indonesia itu turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk pengesahan ketulenan dokumen perjalanan.
Ab Rahaman berkata hasil saringan urin mendapati dua suspek positif dadah jenis metamfetamina dengan semakan rekod menunjukkan lelaki tempatan terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala wanita tempatan memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Selain itu, beliau berkata setakat 1 Jan hingga 3 Sept tahun ini, JSJN Johor menahan 17,242 individu atas pelbagai kesalahan dadah dengan rampasan dianggarkan seberat 1.47 tan dadah selain dadah dalam bentuk cecair sebanyak 6,921.45 liter bernilai anggaran RM125.88 juta.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi ‘hotline’ JSJN 012-2087222.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager