Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TEMBAK POLIS: SEMBILAN INDIVIDU DIREMAN SEMINGGU 

DALAM NEGARA

TEMBAK POLIS: SEMBILAN INDIVIDU DIREMAN SEMINGGU 

Sembilan individu direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam kenderaan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai, semalam.

Sumber: ARKIB

IPOH: Sembilan individu direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam kenderaan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata sembilan individu itu terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.

“Perintah reman yang bermula dari hari ini hingga Ahad dikeluarkan oleh Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret manakala usaha memburu suspek utama masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, seorang anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai pagi semalam.

Dalam kejadian pada 1.15 pagi itu, pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading