MALAYSIA SASAR STATUS NEGARA AI MENJELANG 2030, 2026 JADI TITIK PERALIHAN — GOBIND
Malaysia sedang memacu langkah untuk muncul sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan AI Kebangsaan yang menekankan pembangunan teknologi, bakat, tadbir urus, infrastruktur dan pelaburan mampan.
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang memacu langkah untuk muncul sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan AI Kebangsaan yang menekankan pembangunan teknologi, bakat, tadbir urus, infrastruktur dan pelaburan mampan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata tahun 2026 akan menjadi detik penting dalam usaha Kementerian Digital untuk melonjakkan Malaysia sebagai sebuah Negara AI.
Beliau berkata aspirasi itu bukan sekadar mengenai teknologi, tetapi membina ekosistem menyeluruh yang menggabungkan dasar, bakat, infrastruktur, kepercayaan digital dan pelaburan supaya Malaysia mampu muncul sebagai hab AI serantau yang berdaya saing dan berimpak tinggi.
“Dengan perancangan rapi dan pendekatan holistik ini, Malaysia dijangka mampu muncul sebagai Negara AI yang inklusif, beretika, selamat dan berdaya saing, sekali gus menjadikan AI sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi serta transformasi kehidupan rakyat menjelang 2030,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) Peringkat Dasar, di Dewan Rakyat hari ini.
Gobind berkata bagi menjayakan aspirasi itu, kerajaan melalui Belanjawan 2026 telah memperuntukkan sejumlah RM1.36 bilion kepada Kementerian Digital, termasuk RM248.5 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.11 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Antara inisiatif utama yang akan digerakkan ialah Geran Pemecut Digital Malaysia bernilai RM53 juta untuk mempercepat penerimagunaan teknologi baharu seperti blockchain, AI dan pengkomputeran kuantum dan RM18.1 juta bagi pemerkasaan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), katanya.
Manakala sejumlah RM20 juta diperuntukkan bagi inisiatif GovTech Malaysia untuk mempertingkat penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh.
Bagi sektor pusat data, beliau berkata, Malaysia berjaya menarik pelaburan berjumlah kira-kira RM115 bilion antara 2021 hingga 2023, dengan industri itu dijangka mewujudkan sekitar 30,900 pekerjaan menjelang 2030 seiring pertumbuhan permintaan perkhidmatan digital serantau.
“Pusat data merupakan pelaburan jangka panjang yang memberi kesan limpahan ekonomi luas kepada pelbagai sektor.
“Limpahan ekonomi daripada pembangunan pusat data turut memanfaatkan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan seperti firma seni bina, kontraktor elektrik, pembekal sistem pendingin (HVAC), penyedia keselamatan dan pengurusan fasiliti, selain menggalakkan perkembangan syarikat perkhidmatan digital tempatan seperti Software-as-a-Service (SaaS),” katanya.
Gobind berkata Kementerian Digital juga sedang merangka Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data yang akan menjadi kerangka kawal selia menyeluruh untuk memperkukuh tadbir urus keselamatan data bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.
“Strategi ini menyatukan prinsip keselamatan, akauntabiliti dan kepercayaan digital, selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 ke arah pembentukan Negara AI yang selamat dan dipercayai,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.