KEMAJUAN sains dan astronomi telah memungkinkan manusia untuk mencapai banyak perkara yang dahulunya tidak tercapaikan. Pada 10 April yang lalu, teleskop Event Horizon telah merakam foto pertama lohong hitam dalam sejarah.
Penemuan ini tentunya mengujakan
para fizikiawan yang selama ini berhempas-pulas mengira dan merangka formula
untuk meneka bagaimanakah bentuknya lohong hitam itu.
Foto pertama sebuah lohong hitam supermasif yang dirakam oleh The Event Horizon Telescope, gabungan 8 buah teleskop radio seluruh dunia. Imej ini menunjukkan bahan-bahan yang bercahaya ketika ia berputar mengelilingi lohong hitam di tengah-tengah. Graviti melampau di sini menyebabkan bentuk cakera itu terherot. SUMBER FALAKONLINE/FOTO EHT
Selain itu, manusia juga mampu
untuk meramal fenomena-fenomena berdasarkan data-data astronomi yang
diperolehi. Kita boleh tentukan misalannya bilakah permulaan musim pada setiap
tahun.
Kita juga mampu menyingkap bilakah akan berlakunya peristiwa apogee dan kita mampu mengenal pasti bilakah Zuhrah dapat dilihat dari langit Bumi. Demikian dunia sains empirikal yang boleh difahami dan dikesan coraknya berdasarkan undang-undang alam yang muktamad.
Adapun hal metafizik, maka ia
berada di luar kemampuan sains untuk menentukan atau meramalkannya, walau
semaju mana sekalipun ia. Kajian astronomikal tidak mampu mengenalpasti bilakah
akan berlakunya perkara metafizikal seperti Laylat al-Qadr, dan
bagaimanakah secara fizikalnya ia berbeza daripada malam-malam yang lain.
Hal ini kerana keistimewaan dan
kemuliaannya tidak diikat secara empirikal, melainkan secara metafizikal, yang
hanya dapat dihayati menerusi keimanan kepada agama yang berpangkal dalam hati
manusia. Oleh itu, apa jua maklumat mengenainya hanya dapat disahkan sekiranya
dinyatakan dalam sumber wahyu.
Kemajuan sains masih belum mampu menentukan atau meramalkan hal metafizik seperti mengenalpasti tarikh yang tepat untuk malam al-Qadr. FOTO http://al-athfar.blogspot.com/
Maka Allah Taala menerusi wahyunya telah menjelaskan mengenai kemuliaan Laylat al-Qadr yang menjadi malam diturunkan padanya kitab al-Qur’an. Firman-Nya dalam surah al-Qadr ayat 1:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya
pada Laylat al-Qadr.”
Damir ‘hu’ pada ayat pertama tersebut telah ditafsirkan sebagai merujuk kepada al-Qur’an. Ia selaras dengan sepotong nas lain dalam surah al-Dukhan ayat 3, yang dalam kenyataan yang sama, mengembalikan damir ‘hu’ itu kepada al-Qur’an. Perkara ini jelas dan al-Imam al-Razi dalam tafsirnya Mafātīḥ al-Ghayb menyebut bahawa ia tidak berhajat kepada spesifikasi lanjut (al-istighna’ ‘an al-taṣrīḥ)
Selain itu, Laylat al-Qadr
juga disifatkan dengan kemuliaannya yang mengatasi lebih seribu bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ
شَهْرٍ
“Laylat al-Qadr lebih baik
daripada seribu bulan.”
Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jāmi‘
li Aḥkām al-Qur’ān telah menyebut bahawa setiap kali sesuatu perkara itu
disifatkan dengan banyak, maka ia merujuk kepada keagungan dan besarnya
fadilat. Kerana keutamaannya ini, umat Islam disarankan untuk merebutnya pada
10 malam terakhir Ramadan (iltamisū mā fī al-‘ashr al-awākhir).
Namun, bilakah berlangsungnya Laylat
al-Qadr itu? Allah lebih mengetahui. Tempoh waktunya dirahsiakan Allah
Taala – tiada dinyatakan dalam Qur’an dan juga Sunnah – sehingga khilaf
mengenai tarikhnya berlangsung pada setiap kali bulan Ramadan saban tahun.
Para sahabat RA melaporkan bahawa
Nabi SAW sekadar memberikan gambaran pada malam ke berapa sahaja ia berlaku,
seperti sabdanya mengenai malam-malam ganjil (witr). Dalam sebuah hadith
riwayat al-Bukhari, baginda menyebut “carilah ia pada malam ke-27, 29 dan 25.”
Antara kemuliaan Laylat al-Qadr ialah ia dipilih menjadi malam diturunkan padanya kitab al-Qur’an.
Keterhadan maklumat dari angkasa
ini tidak menghalang beberapa orang sahabat daripada memberi pandangan mengenai
apa yang mereka rasakan sebagai tanda-tanda akan hadirnya malam yang mulia itu.
Ubay bin Ka‘ab misalannya menyebut bahawa antara tanda Laylat al-Qadr
itu adalah apabila siangnya tiada terasakan terik daripada sinaran Matahari.
Wathilah bin al-Asqa‘ pula
mengkhabarkan mengenai keadaan langit pada malam itu, betapa ia kelihatan
bergemerlapan, dan bahawa suhu pada malam itu tidak panas dan tidak sejuk.
Demikianlah pandangan mereka.
Tanda-tanda yang mereka nyatakan
ini semuanya bersifat empirikal, yang mampu dikesan oleh deria mereka tatkala
itu. Namun ini tidak menjawab persoalannya paling utama; bagaimanakah mereka
boleh yakin bahawa malam yang mereka alami itu merupakan Laylat al-Qadr?
Dan apakah bukti bahawa tanda-tanda ini memang unik dan tidak akan berulang
lagi untuk hari-hari lain yang bukan Laylat al-Qadr?
Maka jelaslah bahawa tanda-tanda
tersebut merupakan pemerhatian hasil pengalaman spiritual mereka beribadah di
malam hari. Tanda-tanda itu tidak boleh disahkan (confirmed) mahupun
disangkal (falsified), menjadikan ia eksklusif untuk mereka yang
mengalaminya sahaja. Pada penilaian tokoh mantiq Ludwig Wittgenstein, kenyataan
sedemikian tidak boleh dijadikan hujah.
Nabi SAW tetap berjaga malam pada kesemua 10 malam terakhir Ramadan untuk beribadah, serta mengejutkan keluarganya bangun dari tidur sebagaimana yang dilaporkan oleh Aishah RA. Dan barangkali itulah objektif terbesar perahsiaan ini, agar manusia berterusan beribadah kepada Tuhannya tanpa mengkhususkan kepada mana-mana hari tertentu.
Maka dalam hal ini, jalan yang
terbaik adalah dengan menghidupkan setiap malam sepanjang bulan Ramadan ini
sehingga ke hujungnya. Nabi SAW sendiri beriktikaf di masjid sepanjang
malam-malam terakhir bulan tersebut, dan jika ada yang mengetahui bilakah Laylat
al-Qadr, maka baginda adalah yang paling layak.
Namun Nabi SAW tetap berjaga malam
pada kesemua 10 malam terakhir Ramadan untuk beribadah, serta mengejutkan
keluarganya bangun dari tidur sebagaimana yang dilaporkan oleh Aishah RA. Dan
barangkali itulah objektif terbesar perahsiaan ini, agar manusia berterusan
beribadah kepada Tuhannya tanpa mengkhususkan kepada mana-mana hari tertentu.
Sesungguhnya ganjaran yang besar
menanti mereka yang menghidupkan malam-malam Ramadan. Di sisi Ibn ‘Abbas,
menghidupkan malam bererti menunaikan solat Isha‘ bersama imam serta berazam
pula menunaikan solat Subuh berjemaah, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam
Ibn Rajab al-Hanbali dalam karyanya Laṭā’if al-Ma‘ārif. Maka bagi mereka
“yang bersolat bersama imam sehingga selesai, maka direkodkan baginya ganjaran
seolah-olah dia bersolat sepanjang malam.”
*HILMAN FIKRI AZMAN merupakan pegawai penyelidik di EMIR Research, sebuah badan pemikir yang berfokuskan penyelidikan polisi berteraskan data, ditunjangi nilai-nilai konsultasi, kesederhanaan, inovasi dan kerapian.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.