MASJID IKTIKAF IBADUL RAHMAN DI TUMPAT INSPIRASI DARI ISTANA BALAI BESAR
Masjid itu dibina menggunakan 80 peratus kayu jenis seraya kitam dan seraya merah, manakala 20 peratus lagi kayu cengal dan merbau yang diperoleh daripada pembekal di Kelantan dan Terengganu.
Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di Kampung Belukar, Wakaf Bharu yang dibina dengan keaslian senibina negeri Cik Siti Wan Kembang termasuk ciri-ciri senibina Istana Balai Besar. –Sumber foto: BERNAMA
TUMPAT: Minat mendalam terhadap seni bina kayu mendorong Mohd Arpi Arifin, 45, mendirikan sebuah masjid di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, di sini, yang mengangkat keindahan serta keunikan seni bina Istana Balai Besar dan rumah Melayu Kelantan.
Pengalaman berkhidmat di Istana Balai Besar selama lima tahun telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membina masjid kayu bercirikan seni bina asli negeri Cik Siti Wan Kembang untuk kegunaan masyarakat setempat.
“Masjid sangat penting dalam kehidupan umat Islam, selain sebagai tempat beribadah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk.
“Jadi saya berharap dengan adanya Masjid Iktikaf Ibadul Rahman ini, ukhuwah penduduk setempat semakin kukuh dan pada masa sama dapat mengekalkan seni bina Melayu yang menjadi warisan kita,” katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di sini, hari ini.
Bercerita lanjut, bapa kepada lima orang anak berusia 17 hingga empat tahun itu berkata pemilihan nama masjid itu adalah melalui al-Quran dalam Surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74 iaitu ‘Ibad’ bererti hamba dan ‘Ar-Rahman’ bermaksud Allah Maha Penyayang.
Suasana ruang dalaman Masjid Iktikaf Ibadul Rahman di Kampung Belukar, Wakaf Bharu yang dibina dengan keaslian senibina negeri Cik Siti Wan Kembang termasuk ciri-ciri senibina Istana Balai Besar. –Sumber foto: BERNAMA
“Saya harap segala aktiviti di masjid ini mencerminkan pembinaan peribadi jiwa yang halus dan penyayang seiring dengan namanya, sekali gus dapat memberi kesan positif kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.
Mengenai pembinaan masjid tersebut, Mohd Arpi berkata beliau telah mendapatkan khidmat seorang tukang kayu tempatan untuk merealisasikan pembinaan masjid impiannya yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun.
Masjid itu dibina menggunakan 80 peratus kayu jenis seraya kitam dan seraya merah, manakala 20 peratus lagi kayu cengal dan merbau yang diperoleh daripada pembekal di Kelantan dan Terengganu.
Katanya pemilihan kayu sangat penting dan hanya kayu yang matang sahaja dikeringkan secara semula jadi untuk memastikan kualiti masjid yang dibina terjamin dan dapat kekal lama.
“Saya kumpul semua kayu ini sejak 2018. Alhamdulillah ia hanya mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya, menambah masjid itu mula beroperasi pada awal tahun ini.
Mohd Arpi berkata antara nilai estetika seni bina dan ukiran kayu Melayu Kelantan yang dikekalkan menerusi pembinaan masjid bertiang tinggi itu adalah seperti pemeleh, tebar layar, ekor itik, tunjuk langit dan dinding janda berhias.
Pemilik Masjid Iktikaf Ibadul Rahman, Mohd Arpi Arifin, 45, menunjukkan sebahagian ruang luaran masjid dengan senibina negeri Cik Siti Wan Kembang ketika ditemui Bernama di Kampung Belukar, Wakaf Bharu di sini. –Sumber foto: BERNAMA
“Nilai-nilai estetika ini menjadi karakter kuat dalam seni bina rumah tradisional di Kelantan yang dapat dilihat di rumah-rumah lama seperti sisip angin bagi memudahkan pengudaraan dan hiasan pada bumbung terutamanya ekor itik.
“Tidak mudah untuk menghasilkan seni bina tradisional ini dan hanya tukang tertentu sahaja yang mempunyai kepakaran menghasilkannya,” katanya yang membiayai sebahagian besar pembinaan masjid itu selain sumbangan individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri.
Menurut Mohd Arpi masjid yang berkeluasan lebih 304 meter persegi itu, boleh memuatkan kira-kira 80 jemaah pada satu-satu masa dan dibahagikan kepada ruang solat termasuk untuk jemaah lelaki serta wanita, manakala bahagian beranda dijadikan tempat untuk mengadakan majlis atau jamuan.
Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui, Noor Sofea Qistina Abdul Rahman, 31, berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi masjid berkenaan selepas melihat ia tular di media sosial.
Katanya, pembinaan masjid berkenaan sangat unik dengan kehalusan seni ukiran kayu, sekali gus dapat memelihara seni bina tradisional negeri Kelantan untuk tatapan generasi akan datang memandangkan ia semakin pupus ditelan zaman.
“Ketika berada di masjid ini, seakan memberi satu perasaan seperti berada di sebuah rumah kampung pada zaman dahulu kala. Sangat selesa dan memberi ketenangan untuk beribadah,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked