MASYARAKAT DIINGAT BERHATI-HATI KELUAR PERKATAAN BOLEH BANGKIT KEMARAHAN ANTARA KAUM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian sebagai respons kepada satu rakaman video tular di media sosial berkenaan seorang penjaja jagung yang meletakkan makluman berbaur perkauman pada jualannya, yang dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang dekat sini baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika ditemui media pada Program Jalinan Muhibah MADANI Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Pesatuan Hokkien Klang hari ini. –fotoBERNAMA
KLANG: Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak mengeluarkan perkataan atau perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan antara kaum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia bagi memastikan perbuatan yang dilakukan dan perkataan dikeluarkan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Saya dah banyak kali sebut, kita perlu hati-hati dalam perbuatan dan perkataan kita (terutamanya melibatkan) sensitiviti kaum. Kita tak nak perkataan dan perbuatan yang kita keluarkan akan menyebabkan kemarahan kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Muhibbah MADANI Tahun Baharu Cina 2025 di Bangunan Persatuan Hokkien Klang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada satu rakaman video tular di media sosial berkenaan seorang penjaja jagung yang meletakkan makluman berbaur perkauman pada jualannya, yang dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang dekat sini baru-baru ini.
Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi satu hantaran di laman X berkata sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi.
Sementara itu Mohd Na’im berkata program yang diselaras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini bertujuan mengukuhkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum serta agama.
“Itu sebahagian lumrah kejadian manusia. Kita diminta saling mengenal, menghormati kepelbagaian dan seperti semua sedia maklum dalam pembinaan kerajaan MADANI, semua usaha ke arah kesatuan dan perpaduan itu memang diutamakan.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mohd Na’im menasihati masyarakat untuk tidak hidup dalam keadaan bercakap dengan kata-kata yang buruk, memfitnah, memaki hamun dan saling bertengkar di antara satu sama lain.
“Ini bukan akhlak yang diajarkan oleh Islam. Baginda Rasulullah SAW berpesan seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.