Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT BAYI BAWAH LANTAI SIMEN: POLIS PERAK MOHON KERJASAMA JIM KESAN SUSPEK 

DALAM NEGARA

MAYAT BAYI BAWAH LANTAI SIMEN: POLIS PERAK MOHON KERJASAMA JIM KESAN SUSPEK 

IPOH: Polis Perak memohon kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak bagi mengesan suspek wanita warga Indonesia untuk membantu siasatan kes penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di bawah lantai simen di sebuah rumah, di Taman Sri Rokam di sini pada 28 Ogos.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata setakat ini pihaknya sedang giat menjejaki wanita terbabit.

“Jika dia telah kembali ke negara asal, pihaknya akan meminta bantuan pihak polis di sana bagi mengesan wanita berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Perak 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mayat bayi malang itu ditemukan oleh pemilik rumah terbabit yang menyewakan rumah itu kepada suspek sejak tiga tahun lepas.

Mayat bayi itu ditemukan dalam keadaan dibaluti kain sarung ketika kerja-kerja baik pulih rumah terbabit. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading