Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MEMAHAMI DARURAT DAN MASA DEPAN DAKWAH

DALAM NEGARA

MEMAHAMI DARURAT DAN MASA DEPAN DAKWAH

KUALA LUMPUR: Proklamasi darurat di Malaysia baru-baru ini masih menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan masyarakat.

Perdebatan dan perbincangan berhubung tindakan kerajaan itu masih hangat dikatakan rakyat terutama di laman media sosial.

Ada golongan yang memahami tindakan kerajaan itu bagi mengawal penularan COVID-19, namun terdapat juga pihak yang kekal mempersoalkan kepentingan proklamasi darurat.

Atas perkara itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menganjurkan Webinar ‘Memahami Isu Darurat dan Masa Depan Gerakan Dakwah’ dalam usaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat berhubung darurat.

Webinar lebih empat jam itu akan disiarkan secara langsung esok bermula jam 9 pagi hingga 1.30 petang di laman Facebook YADIM.

Program itu akan menampilkan beberapa pakar undang-undang dan perlembagaan negara antaranya Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dan Dr Muhammad Fathi Yusuf.

Shamrahayu dijangka akan membentangkan kertas kerja “Darurat, Antara Awlawiyyat dan Maslahat: Kupasan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Pengalaman Malaysia” manakala Muhammad Fathi akan membentangkan “Isu Proklamasi Darurat 2021: Apa Peranan Kita?”.

Selain dua pakar undang-undang dan perlembagaan negara itu, turut akan membentangkan kertas kerja dalam webinar tersebut ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading