Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMA HAFLAH MUNAJAT, PESTA AGUNGKAN AYAT AL-QURAN DI TV ALHIJRAH

DALAM NEGARA

GEMA HAFLAH MUNAJAT, PESTA AGUNGKAN AYAT AL-QURAN DI TV ALHIJRAH

KUALA LUMPUR: Mengimarah dan memartabatkan kitab suci Al-Quran sentiasa menjadi usaha berterusan TV AlHijrah melalui penerbitan program televisyen untuk manfaat para penontonnya.

Terbaharu, Gema Haflah Munajat iaitu program berkonsepkan pesta bacaan Al-Quran, bakal disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Islam utama negara tersebut.

Gema Haflah Munajat dijadual akan disiarkan pada 30 Januari 2021 (Sabtu) jam 9 malam di saluran TV AlHijrah serta turut disiarkan ‘live’ melalui laman Facebook rasmi TV AlHijrah.

Istimewanya ‘konsert’ yang mengagung-agungkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu, ia bakal menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang akan berperanan sebagai pentausiyah.

Selain kehadiran Zulkifli, uniknya program pada Sabtu ini akan turut menampilkan pertandingan seni bacaan Al-Quran oleh para qari yang terlibat dalam Gema Haflah Munajat.

Ia merupakan peluang kepada para penonton untuk menghayati dan mempelajari variasi tarannum seperti Bayaati, Nahwan, Hijaz dan lain-lain.

Antara qari dan panel yang akan terlibat dalam program tersebut ialah, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Dr. Anuar Hasin, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi, Ustaz Wan Fakhrul Razi, Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Amirahman Abbas dan Ustaz Azraie Abdul Hak.

Gema Haflah Munajat merupakan program kesinambungan daripada rancangan Haflah yang telah disiarkan di TV AlHijrah sejak Disember tahun lalu.

Diharapkan para penonton tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan Gema Haflah Munajat secara langsung Sabtu ini dan sama-sama mengaminkan doa-doa kepada Allah SWT yang akan dibacakan dalam program tersebut. – AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading