Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI KESIHATAN DIGANTUNG TUGAS SELEPAS HOSPITAL TERBAKAR

DALAM NEGARA

MENTERI KESIHATAN DIGANTUNG TUGAS SELEPAS HOSPITAL TERBAKAR

BAGHDAD: Menteri Kesihatan Iraq, Hassan al-Tamimi digantung tugas susulan tragedi kebakaran besar di Hospital Ibn al-Khatib di timur Baghdad, Sabtu lepas.

Lapor agensi Berita Xinhua, perkara tersebut disahkan Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Khadimi selepas mengadakan sesi khas bagi membincangkan kejadian kebakaran hospital tersebut yang menyediakan rawatan untuk pesakit COVID-19.

Al-Khadimi turut memutuskan untuk membentuk jawatankuasa diketuai Menteri Dalam Negeri, Abdul Ghani al-Asadi bagi menyiasat kejadian kebakaran dalam tempoh lima hari, serta mengenakan tindakan kepada petugas yang cuai, dalam kenyataannya.

Berdasarkan laporan sebelum ini, kebakaran Hospital Ibn al-Khatib berpunca daripada beberapa silinder oksigen meletup sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh dan 110 cedera.

Pasukan pertahanan awam dan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 90 pesakit dan pekerja kesihatan yang terperangkap.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading