Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

META PERLU PERJELAS TINDAKAN TURUNKAN BERITA PERTEMUAN PM, PEMIMPIN HAMAS – FAHMI

DALAM NEGARA

META PERLU PERJELAS TINDAKAN TURUNKAN BERITA PERTEMUAN PM, PEMIMPIN HAMAS – FAHMI

Kerajaan memohon Meta Platforms Inc (Meta) memberi penjelasan berhubung tindakan menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin tertinggi Hamas di beberapa platform media tempatan.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan memohon Meta Platforms Inc (Meta) memberi penjelasan berhubung tindakan menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin tertinggi Hamas di beberapa platform media tempatan.

Pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menghantar surat kepada Meta untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata dua organisasi media memaklumkan hantaran pertemuan Anwar dan Hamas di laman sosial mereka telah dipadam manakala sebuah lagi memberitahu akaun Facebooknya dipadam.

“Sebagai Menteri Komunikasi, saya kecam tindakan Meta untuk menurunkan artikel atau posting daripada media apatah lagi ini pelaporan tentang lawatan rasmi Perdana Menteri ke Qatar.

“(Hantaran juga mengenai) pertemuan dengan sayap politik sebuah organisasi bukan sayap militan atau tentera,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar mengambil kesempatan sempena lawatan rasmi beliau ke Qatar untuk bertemu Ketua Biro Politik Hamas  Ismail Haniyeh yang antaranya untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai konflik di Asia Barat, khususnya melibatkan Hamas dan Israel di Palestin.

Fahmi berkata beliau secara peribadi juga akan menghantar surat kepada Meta untuk mendapatkan penjelasan kerana tindakan syarikat teknologi maklumat berpangkalan di Amerika Syarikat itu jelas tidak menghormati kebebasan media.

Beliau berkata semakan terhadap hantaran dikeluarkan tiga media berkenaan mendapati tidak berbahaya seperti didakwa oleh Meta.

“Sebelum ini, kalau rakan media ingat sewaktu anjur acara dia Axiata Arena pernah ada hantaran berkait ucapan perdana menteri pada waktu itu dalam beberapa platform media sosial seperi Instagram diturunkan.

“Walau bagaimanapun setelah kita hantar protes ia dikembalikan….yang saya kesal tindakan ini dilakukan organisasi berpangkalan di Amerika Syarikat dan jelas tidak hormati hak kebebasan media untuk guna platform mereka,” katanya

Sementara itu, Fahmi berkata satu pertemuan akan diadakan pada Jun ini dengan semua pengendali platform media sosial supaya pelaporan berita mengenai tugas Perdana Menteri tidak diturunkan.

“Insya-Allah kita bangkitkan dan minta penjelasan (dalam pertemuan itu supaya) pelaporan mengenai tugasan dan aktiviti rasmi Perdana Menteri tidak dikenakan sedemikian rupa (diturunkan),” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan Anwar dan pimpinan Hamas akan memberi kesan kepada negara, Fahmi berkata pendirian kerajaan adalah Malaysia tidak ada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.

“…tetapi parti politik dalam negara ada hubungan dengan sayap politik atas dasar perjuangan tegakkan sebuah negara bernama Palestin.

“Jadi bagi saya ataupun bagi pihak kerajaan sudah pasti dengan pendirian jelas, kita ambil tindakan yang dirasakan wajar dan dirasakan tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading