TANGKAPAN LELAKI ISRAEL: TIGA WARGA ASING SELESAI DIHANTAR KE NEGARA ASAL
Tiga lelaki warga asing dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 158 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, selesai dihantar pulang ke negara asal.
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 158 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, selesai dihantar pulang ke negara asal.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata tindakan penghantaran ke negara asal itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses pemindahan imigran-imigran larangan berkenaan daripada Malaysia.
“Ketiga-tiga lelaki dipindah keluar dari negara ini untuk ke negara asal mereka Amerika Syarikat, Turkiye dan Georgia pada Isnin lepas dan semalam.
“Sementara itu tujuh warga tempatan yang ditahan dalam kes sama dibebaskan pada 10 Mei lepas,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun dibebaskan, ketujuh-tujuh mereka boleh ditahan semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun kes berkenaan telah ditutup.
“Kena faham bila bebas ini, jika ada perkembangan, saksi, keterangan baharu, kertas siasatan boleh dibuka bila-bila masa. Jangan ingat kalau dibebaskan dia lepas begitu sahaja,” katanya.
Pada 19 April lepas, sepuluh individu disyaki mempunyai kaitan dalam kes berkaitan lelaki Israel yang didakwa memiliki senjata api, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sementara itu mengenai statistik jenayah indeks Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rusdi berkata sebanyak 2,941 kes dicatatkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 April lepas dengan 550 kes daripadanya adalah Jenayah Kekerasan dan 2,391 kes adalah Jenayah Harta Benda.
“Selain itu, Jabatan Narkotik pula merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM12.1 juta dengan 7,529 orang ditahan atas pelbagai kategori kesalahan, sementara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial membuka sebanyak 1,579 kertas siasatan dan 1,062 daripadanya telah dituduh.
“Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur pula bagi tempoh sama membuka 33,686 kertas siasatan dengan 29,128 daripadanya dituduh atau disaman sekali gus menunjukkan sebanyak 80.64% kes berjaya diselesaikan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked