Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPULAN PERTAMA 282 JEMAAH HAJI TIBA DI MAKKAH

DALAM NEGARA

KUMPULAN PERTAMA 282 JEMAAH HAJI TIBA DI MAKKAH

Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang (waktu tempatan) di Hotel Abraj Al Janadiriyah, yang turut menjadi Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah.

MAKKAH: Kumpulan pertama seramai 282 orang jemaah haji Malaysia, selamat tiba di sini selepas enam hari berada di Madinah.

Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang (waktu tempatan) di Hotel Abraj Al Janadiriyah, yang turut menjadi Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah.

Ketibaan para jemaah haji itu, disambut oleh pihak pengurusan Tabung Haji termasuk Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan Mohamed Heikal Mohamed Yusuff, serta pihak pengurusan Mashariq.

Satu lagi kumpulan jemaah haji iaitu kumpulan KT02 yang terdiri daripada 281 orang, dijangka akan tiba pada 8 malam ini.

Kesemua 563 jemaah haji ini dijadual akan dibawa menunaikan umrah secara berperingkat pada malam dan subuh nanti.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading