Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MISI KEMANUSIAAN GSF SEMAKIN HAMPIR MENUJU GAZA – AKTIVIS 

DALAM NEGARA

MISI KEMANUSIAAN GSF SEMAKIN HAMPIR MENUJU GAZA – AKTIVIS 

Mereka kini berada dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi kerana kumpulan itu semakin mendekati zon kritikal.

Sumber Gambar: GSF

KUALA LUMPUR: Memasuki hari ke-24, kumpulan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang memulakan pelayaran dari Barcelona kini semakin hampir dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) Zulfadhli Khiruddin yang menyertai misi kemanusiaan itu berkata kumpulannya kini berada di antara perairan Greece dan Libya, dengan hampir 58 kapal pelbagai saiz dijangka bertemu dengan kumpulan terakhir yang bergerak dari Greece sekitar 24 jam lagi.

“Harapan kami semoga diberikan sokongan terus dan kami memohon doa supaya objektif utama kami iaitu memecah kepungan di Gaza akan berjaya,” katanya dalam perkongsian video. 

Zulfadhli turut memaklumkan mereka kini berada dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi kerana kumpulan itu semakin mendekati zon kritikal.

Selain itu, beliau berkata pasukan yang menyertai misi itu melakukan training drill beberapa kali dalam sehari bagi bersiap siaga dengan sebarang bentuk ancaman Zionis serta sebarang kemungkinan lain.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean dengan membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini, membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.

Semua sukarelawan dari Malaysia bernaung di bawah panji Sumud Nusantara diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penaung Sumud Nusantara melibatkan Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Thailand.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading