Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOTAC GANTUNG LESEN HEJIRA TRAVEL, ARAH PULANG DUIT JEMAAH

DALAM NEGARA

MOTAC GANTUNG LESEN HEJIRA TRAVEL, ARAH PULANG DUIT JEMAAH

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengantung lesen Syarikat Hejira Travel and Tours Sdn Bhd.

Penggantungan itu berkuatkuasa 28 Februari 2025 sehingga 31 Ogos 2025.

“Adalah dimaklumkan selaras dengan seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], MOTAC telah memutuskan untuk menggantung lesen Syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.

“Sepanjang tempoh penggantungan lesen, syarikat hendaklah menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah/dibayar dan tidak membuat sebarang urus niaga baharu termasuklah tidak membuat pengiklanan jualan pakej.

“Juga serta-merta memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang telah diambil daripada jemaah yang memilih untuk mengkenselkan tempahan,” menurut kenyataan MOTAC hari ini.

MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani.

Sebelum ini kecoh di media sosial selepas kira-kira 300 jemaah umrah terkandas apabila penerbangan mereka ke Tanah Suci ditunda syarikat pengendali umrah tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading