Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUSAADAH COVID19: MAIWP LULUS BANTUAN KHAS ASNAF RM12.1 JUTA, BANTU TUJUH HOSPITAL

DALAM NEGARA

MUSAADAH COVID19: MAIWP LULUS BANTUAN KHAS ASNAF RM12.1 JUTA, BANTU TUJUH HOSPITAL

KUALA LUMPUR: Susulan Perintah Kawalan Pergerakan mengekang COVID-19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini meluluskan bantuan tambahan zakat khas RM12.1 juta bagi mengurangkan beban asnaf di wilayah tanggungjawabnya.

Bantuan itu akan membabitkan pemberian khas RM500 kepada 24,196 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula awal April ini.

Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien AlHabshee berkata, peruntukan khas itu selari dengan seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi #MusaadahCOVID19, agar kebajikan asnaf sentiasa dipelihara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau berkata, MAIWP sebelum ini juga mempercepatkan penyaluran Bantuan Zakat Kewangan Bulanan bagi Mac pada 19 hari bulan kepada jumlah penerima yang sama dengan perbelanjaan RM9.67 juta.

“Bantuan bulanan zakat pada kebiasaanya disalurkan pada setiap 25 hari bulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Hussein berkata MAIWP turut meluluskan peruntukan RM3.27 juta yang akan disalurkan kepada tujuh hospital di Wilayah Persekutuan.

“Bantuan diberikan berbentuk peralatan pernafasan seperti BIPAP Machine (ICU) RM80,000 setiap satu, ventilator ICU RM150,000/unit, home ventilator RM90,000/unit dan peralatan lain bernilai antara RM5,000 dan RM20,000 setiap satu.

“MAIWP dari semasa ke semasa akan sentiasa melihat keperluan yang timbul bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran semasa tempoh COVID-19 ini selari dengan misi #musaadahCOVID19 oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

“Dengan zakat yang dibayar, asnaf di Wilayah Persekutuan dapat disantuni sebaik mungkin terutamanya ketika berhadapan situasi COVID-19 ini,” kata Pengerusi MAIWP itu.

Wabak COVID-19 yang menular dilebih 185 negara dan wilayah setakat ini mengorbankan tiga nyawa dan menjangkiti lebih 1,000 kes di Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading