Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS TUJUH MAUT DI MELAKA: TAYAR LORI TRELER TERCABUT PUNCA KEMALANGAN

DALAM NEGARA

NAHAS TUJUH MAUT DI MELAKA: TAYAR LORI TRELER TERCABUT PUNCA KEMALANGAN

Nahas yang mengakibatkan tujuh maut dan 33 cedera di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam semalam berpunca tayar lori treler tercabut.

KUALA LUMPUR: Nahas yang mengakibatkan tujuh maut dan 33 cedera di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam semalam berpunca tayar lori treler tercabut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, punca tersebut diperoleh hasil siasatan awal pihak berkuasa selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah menjalankan siasatan terperinci berhubung kemalangan tersebut dengan segera.

“Saya juga telah mengarahkan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap syarikat lori treler serta bas yang terlibat.

“JPJ akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersepadu terhadap kenderaan perdagangan berat bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan sepanjang masa demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malam tadi, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz berkata nahas itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Siasatan awal mendapati mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri tersebut membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading