Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAIB PRESIDEN INDONESIA TIDAK HADIR SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR

DUNIA

NAIB PRESIDEN INDONESIA TIDAK HADIR SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin terpaksa membatalkan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur kerana tidak sihat, demikian menurut sumber rasmi hari ini.

“Pasukan doktor memutuskan (Naib Presiden) Ma’ruf Amin perlu berehat,” kata jurucakapnya, Masduki Baidowi kepada agensi berita Anadolu.   

Sebaliknya, Masduki berkata Menteri Luar, Retno Marsudi akan hadir bagi mewakili Naib Presiden dan Kerajaan Indonesia.

Awal Disember lalu, dalam temubual eksklusif dengan Anadolu, Amin berkata beliau tidak dapat merumuskan sama ada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur akan mengukuhkan Persidangan Kerjasama Islam (OIC) atau menubuhkan badan baharu yang akan menyediakan nilai tambah untuk menguatkan dan memperkasa negara-negara Islam.

Sidang kemuncak itu mengumpulkan pemimpin-pemimpin dunia Islam dari 18 hingga 21 Disember yang akan membincangkan pelbagai isu daripada isu pembangunan, pentadbiran, identiti dan budaya, keadilan dan kebebasan. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading