NEGARA, ORGANISASI ARAB TERUS NYATAKAN PENOLAKAN TERHADAP PELAN TRUMP MENGENAI GAZA
Mesir, Algeria, Iraq, Libya, dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengeluarkan kenyataan pada Khamis, susulan penolakan terdahulu oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Oman serta beberapa organisasi serantau dan antarabangsa, termasuk Liga Arab dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
ISTANBUL: Negara-negara dan organisasi Arab terus menyuarakan penolakan tegas terhadap pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk merampas Gaza dan mengusir penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Mesir, Algeria, Iraq, Libya, dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengeluarkan kenyataan pada Khamis, susulan penolakan terdahulu oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Oman serta beberapa organisasi serantau dan antarabangsa, termasuk Liga Arab dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Pada Khamis, Trump mendakwa rakyat Palestin akan mempunyai “kehidupan lebih baik” di bawah rancangannya, dengan berpindah ke “kawasan lebih selamat dan indah dengan rumah moden.” Beliau berkata AS akan bekerjasama dengan pasukan pembangunan untuk membina “satu daripada projek terbesar seumpamanya.”
Sebelumnya, beliau mendakwa rakyat Palestin akan berpeluang untuk tinggal di kediaman lebih selamat dan komuniti yang indah dengan rumah baharu dan moden di rantau ini.
Pada Selasa, dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Trump berkata AS akan “mengambil alih” Gaza dan memindahkan penduduk Palestin di bawah pelan pembangunan semula luar biasa yang menurutnya boleh menjadikan wilayah itu sebagai “Riviera Timur Tengah.”
Mengulas pelan Trump, Mesir menegaskan ia menolak sebarang cadangan “yang bertujuan menghapuskan perjuangan Palestin dengan mengusir atau menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah sejarah mereka, sama ada secara sementara atau kekal.”
Raja Abdullah II dari Jordan dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menegaskan penentangan negara itu terhadap sebarang percubaan untuk merampas tanah atau menyingkirkan rakyat Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Kementerian Luar Kuwait mengulangi sokongan teguhnya terhadap hak Palestin untuk menubuhkan negara merdeka, serta mengecam dasar penempatan warga Israel dan pemindahan penduduk Palestin.
Algeria pula mengecam sebarang pelan untuk mengusir penduduk Gaza, sambil memberi amaran bahawa tindakan sebegitu “akan menjejaskan asas perjuangan nasional Palestin.”
Iraq dan Libya turut menyatakan bantahan keras mereka terhadap sebarang cadangan atau usaha untuk menyingkirkan rakyat Palestin secara paksa, sambil menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap tindakan berkenaan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyifatkan pelan Trump sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa, menegaskan bahawa Gaza adalah satu bahagian tidak terpisah dari Palestin dan menolak sebarang keputusan luar mengenai masa depan rakyat Palestin.
Hamas turut mengecam kenyataan Trump, dengan jurucakapnya Hazem Qassem menggesa satu sidang kemuncak Arab diadakan segera bagi menentang pelan pemindahan itu, sambil memberi amaran bahawa AS sebenarnya berusaha untuk menduduki Gaza.
Arab Saudi mengulangi sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap penubuhan negara Palestin, manakala UAE turut mengecam usaha pemindahan itu serta menyeru penyelesaian adil terhadap konflik Israel-Palestin.
Liga Arab dan GCC pula menegaskan komitmen mereka terhadap perjuangan Palestin, sambil menolak sebarang rancangan pemindahan paksa rakyat Palestin.
Pergerakan Houthi di Yaman turut mengecam kenyataan Trump sebagai satu serangan terang-terangan terhadap hak rakyat Palestin dan penghinaan terhadap dunia Arab dan Islam.
Gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Jan, menghentikan serangan genosid Israel yang telah meragut hampir 47,600 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan wilayah itu musnah.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager