Netanyahu berikrar untuk merampas Tebing Barat dalam sebahagian janji beliau dalam kempen pilihanraya Israel. – Foto Sinar Harian
TEL AVIV – ISRAEL. Perdana Menteri Israel, Benjamin
Netanyahu, semalam dengan angkuh berikrar akan merampas Kawasan C di Tebing
Barat jika beliau menang dalam pilihan raya yang berlangsung esok.
“Saya akan memohon kedaulatan tanpa membezakan blok dan
penempatan terpencil,” katanya buat pertama kali sejak beliau memegang jawatan
pada 2009 sebagai cubaan untuk meraih sokongan pengundi haluan kanan yang tidak
percaya dengan perjanjian damai bersama Palestin.
‘Kedaulatan’ yang pemimpin itu maksudkan ke atas Judea dan
Samaria yang dirujuk Tel Aviv sebagai bahagian pentadbiran merangkumi kawasan
diduduki Israel di Tebing Barat tidak termasuk Baitulmaqdis.
Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyatakan kenyataan
kontroversi itu dikeluarkan beliau ketika wawancara bersama Saluran 12, tiga
hari sebelum pemilihan tersebut bakal diadakan.
Penyampai Rina Matzliach dilihat sengaja mengajukan soalan
berbaur provokasi tentang isu tersebut kepada Netanyahu.
“Apa pencapaian anda sepanjang tempoh satu penggal selama
empat tahun ini? Kenapa anda tidak rampas blok Gush Etzion? Kenapa anda tidak
memohon kedaulatan ke atas kawasan Ma’aleh Adumim?” katanya yang merujuk kepada
penempatan terbesar Yahudi di kota terbabit.
Dengan bongkak, pemimpin yang dihimpit skandal rasuah itu
berkata, “Siapa cakap kami tidak akan lakukan ini? Ia sedang dalam proses dan
sedang dibincangkan.”
Sebelum beliau membuat pengumuman itu, pesaingnya, Menteri
Pendidikan, Naftali Bennett yang memimpin parti berhaluan kanan menyelar
kelemahan Netanyahu terhadap isu tersebut atas kegagalannya merampas Kawasan C
di Tebing Barat tersebut.
Penempatan haram yang dibina di atas kawasan yang diduduki
Israel ketika Perang Enam Hari 1967 disifatkan sebagai tidak sah oleh komuniti
antarabangsa dan projek pembinaan berterusan penempatan haram Yahudi telah
menjadi halangan utama kepada perdamaian di Timur Tengah.
Tindakan unilateral seumpama itu juga boleh mematikan usaha
penyelesaian dua negara untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Sementara itu, pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat mendakwa
kenyataan Netanyahu itu bukan perkara yang menghairankan.
“Israel akan terus melanggar undang-undang antarabangsa
selagi masyarakat antarabangsa terus memberi ganjaran kepada Israel tanpa
kenakan hukuman terutamanya dengan sokongan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat
(AS), Donald Trump,” ujarnya menerusi Twitter.
Bulan lalu, keputusan Washington mengiktiraf kedaulatan Israel
ke atas Bukit Golan yang dirampas dari Syria ketika Perang Enam Hari 1967 turut
menerima kutukan negara dunia.
Langkah perdamaian Israel-Palestin terhenti sejak 2014
selepas usaha dilakukan pentadbiran bekas presiden, Barack Obama untuk mencapai
penyelesaian dua negara gagal dilaksanakan.
Selain itu, adalah sukar untuk melakukan ‘rampasan’ ke atas
Tebing Barat di bawah pentadbiran bekas presiden Obama dan George Bush
berikutan kedua-dua pemimpin terbabit melihat penempatan haram Yahudi sebagai
penghalang utama proses damai dan peluasan projek itu wajar dibekukan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager