NETIZEN PERLU TABAYYUN, ELAK TERJERUMUS DOSA MEMFITNAH
Pengguna media sosial diingatkan supaya melazimi sifat ‘tabayyun’ yang bermaksud menyelidik, jika menerima sebarang bentuk khabar berita sebagai mana diperintah oleh Allah menerusi kitab suci Al-Quran.
KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial diingatkan supaya melazimi sifat ‘Tabayyun’ yang bermaksud menyelidik, jika menerima sebarang bentuk khabar berita sebagai mana diperintah oleh Allah menerusi kitab suci Al-Quran.
Peringatan itu dinyatakan pendakwah terkemuka, Ustaz Nabil Ahmad kepada Alhijrah Online susulan keghairahan segelintir pengguna media sosial yang sering mengeluarkan komen berbaur hasutan, tuduhan, prasangka dan fitnah, tanpa mengkaji terlebih dahulu isu yang ingin diulas.
Menurut Ustaz Nabil, peringatan tentang pentingnya untuk umat Islam sentiasa menyelidik sebarang perkhabaran yang diterima adalah bagi mengelakkan mereka daripada terjerumus ke kancah fitnah, dosa dan dimurkai oleh Allah.
“Surah Al Hujurat, ayat 12 ada menyebut tentang firman Allah agar hamba-hambaNya menjauhi prasangka dan curiga kerana sebahagian daripada prasangka itu akan menjurus kepada dosa,” jelas Ustaz Nabil ketika dihubungi Alhijrah Online.
“Ayat 6 dalam Surah Al Hujurat pula menyentuh perintah Allah supaya hamba-hambaNya meneliti dengan membuat penilaian kebenaran apabila menerima sesebuah perkhabaran daripada orang yang fasiq.
“Kita perlu bertanggungjawab, malah akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita kata, tulis mahu pun terbitkan, maka Tabayyun adalah satu tuntutan agar kita lebih berhati-hati,” kata Ustaz Nabil lagi.
Alhijrah Online merujuk beberapa komen berbaur negatif yang ditulis oleh netizen, berhubung kontroversi di media sosial baru-baru ini, membabitkan pelakon veteran dan penerbit, Dharma Harun Al-Rasyid, 68, dengan saluran televisyen, TV AlHijrah.
Menerusi portal-portal dalam talian yang melaporkan berita berkenaan, tuntutan pembayaran wang berjumlah RM312,000 oleh Dharma melalui syarikat penerbitannya, WWS Studios daripada TV AlHijrah, telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen, termasuk yang berbaur negatif, hasutan serta penggunaan bahasa yang kurang beradab.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, TV AlHijrah telah memaklumkan bahawa ia tidak mempunyai apa-apa hutang dengan pihak WWS Studios, malah tidak wujud sebarang jaminan oleh TV AlHijrah untuk membeli pemilikan hak cipta program daripada WWS Studios sebagai mana dilapor.
Sebaliknya, WWS Studios yang telah menerima dana berjumlah RM312,000 secara berperingkat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) melalui pembiayaan dana PELAKSANA untuk menerbitkan sepenuhnya program berjudul ‘Deko Ibadah’ yang berdurasi 30 minit untuk 13 episod.
“Dana berjumlah RM312,000 telah diterima oleh WWS Studios daripada FINAS untuk menerbitkan program Deko Ibadah, manakala TV AlHijrah hanya berperanan sebagai penyiar yang dilantik oleh FINAS sahaja,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris kepada Alhijrah Online.
“Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib turut mengesahkan kontrak yang ditulis oleh TV Alhijrah kepada WWS Studios adalah jelas, iaitu TV AlHijrah berperanan sebagai penyiar program sahaja,” tegas Namanzee lagi.
Mengulas tentang komen-komen negatif yang dilontarkan netizen kepada TV AlHijrah, Namanzee berpendapat, sebarang bentuk tuduhan dan prasangka buruk boleh merosakkan masyarakat.
“Waspadalah dengan perkataan, pertikaian dan persoalan, kerana sebarang prasangka tidak betul boleh memudaratkan manusia,” jelas Namanzee.
Namanzee turut sependapat dengan Ustaz Nabil bahawa umat Islam wajar menjadi contoh teladan terbaik, khususnya dalam mengamalkan perintah dan suruhan Allah, sebagai mana yang terkandung dalam ayat-ayat suci Al-Quran. –Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager