Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NUR IZZATI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS TIGA HARI HILANG

UTAMA

NUR IZZATI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS TIGA HARI HILANG

Remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga.

HULU BERNAM: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan penemuan mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul menerusi kenyataan ringkas kepada BERNAMA hari ini.

Nur Izzati sebelum ini dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian bersama ahli keluarganya di bukit berkenaan.

Operasi SAR yang diteruskan sejak awal pagi tadi melibatkan peluasan radius pencarian sehingga 0.5 kilometer persegi dengan pasukan penyelamat menggunakan teknik sweeping di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Pegawai Kanan JBPM, Azliza Ahmad berkata, operasi itu turut dibantu tiga unit anjing pengesan, termasuk dua milik JBPM dan satu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain JBPM dan PDRM, operasi berkenaan melibatkan kerjasama beberapa agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Persatuan Malim Gunung Perhutanan.

Terdahulu, Nur Izzati dipercayai tersesat kira-kira pukul 10.50 pagi Sabtu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas bertindak berjalan bersendirian kerana berasa panas dan keletihan.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh berwarna coklat, baju lengan panjang hijau gelap, seluar panjang hitam dan kasut biru. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading