DALAM NEGARA
OPERASI PENCARIAN SABARI DI SUNGAI PADANG TERAP DITAMATKAN
JITRA: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.
JITRA: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.

JITRA: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.
Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut malam tadi.
Menurutnya, beliau dan ahli keluarga akan melawat lokasi kejadian, iaitu di Jambatan Kampung Empa, Derang, dekat sini, hari ini.
Difahamkan, operasi selama tiga hari yang bermula Isnin lepas, meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap, tidak menemukan sebarang petunjuk sehingga pencarian dihentikan pada petang semalam.
Operasi pencarian Sabari digerakkan selepas polis menahan dua suspek lelaki berumur 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes kehilangan warga emas itu.
Pada Isnin, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 Sept lepas, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.
Operasi pencarian Sabari melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Operasi pencarian Sabari membabitkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh masih belum berhasil. — AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Mohd Yusof Mohd Noor, 31, berkata, impiannya untuk membawa ibu ke Tanah Suci terlunas selepas direzekikan...
Kerajaan sedang meneliti undang-undang khusus bagi memerangi kegiatan ulat tiket yang memborong tiket sebelum menjualnya semula...
Bayi lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejurus dilahirkan seorang pelajar berusia 19 tahun di tandas asrama,...
Pemandu lori yang menyebabkan kematian empat individu, termasuk tiga sekeluarga dalam kemalangan di LPT pada 31...
Seorang lelaki berusia 38 tahun dikhuatiri lemas selepas terjun ke sungai untuk mendapatkan semula botnya yang...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.