Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ORANG MUDA PERLU TERLIBAT DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN: SYED SADDIQ

DALAM NEGARA

ORANG MUDA PERLU TERLIBAT DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN: SYED SADDIQ

KUALA LUMPUR: “Dunia Islam perlu mendengar suara anak-anak muda dan melibatkan mereka secara aktif dalam proses membuat keputusan kerana mereka yang akan mewarisi masa hadapan,” kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam ucapannya pada pembukaan Sidang Kemuncak Belia Kuala Lumpur 2019 di sini hari ini, beliau berkata sejarah dunia Islam menunjukkan ramai individu muda apabila diamanahkan dengan peluang dan kedudukan kepimpinan akhirnya mencipta sejarah.

“Tidak cukup untuk mengatakan bahawa kita mendengar anda (golongan muda) tetapi tidak memberi peluang anda bersuara dalam proses membuat keputusan. Tidak cukup untuk mengatakan bahawa kepentingan anda akan dijaga tetapi hakikatnya, apabila anda melihat mereka yang berada dalam kedudukan kepimpinan semuanya berumur 50 atau 60 tahun,” katanya.

Syed Saddiq berkata orang muda mempunyai perspektif segar untuk dibawa ke perbincangan (membuat keputusan) bagi memastikan suara masyarakat didengari.

“Mereka tidak mahu berada hanya semasa sesi dialog, mereka mahu berada dalam proses membuat keputusan,” kata menteri itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading