PADAH BERI ANAK TUNGGANG MOTOSIKAL, 53 IBU BAPA DISAMAN

KULIM: Padah membiarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen sebanyak 53 saman dikeluarkan ke atas ibu bapa pesalah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, mereka yang dikesan menunggang tanpa lesen berusia di antara 12 hingga 17 tahun.

Ujarnya kesemua mereka ditahan dalam ‘Op Kasih’ di sekitar Taman Seladang Emas, Taman Cekur Manis, Kampung Sungai Limau, Taman Kulim Square dan Taman Seri Seladang.

Jelas Azhar saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan taman tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Apa yang mengecewakan katanya, rata-rata yang ditahan diberi kebenaran oleh ibu bapa untuk menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen.

Polis katanya memandang serius tentang masalah remaja bawah umur menunggang motosikal dan menggesa ibu bapa tidak mengambil sikap lepas tangan. — AlHijrah Online.

Leave a Reply