ZULKIFLI LAWAT HARUSSANI

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kini dalam lawatan kerjanya ke Perak sempat meluangkan masa menziarahi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurut ciapan di Twitter rasmi Zulkifli, ziarah tersebut dilakukannya di rumah mufti Perak dan beliau juga sempat bertemu isteri serta ahli keluarga Harussani.

Bulan lalu Harussani diserang strok namun keadaannya kini dilaporkan semakin pulih.

Zulkifli mengajak orang ramai mendoakan kesihatan Harussani agar kembali sihat seperti biasa. — AlHijrah Online.

Leave a Reply