Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PAKISTAN: 20 TERBUNUH VAN TERJUNAM DALAM SUNGAI

DUNIA

PAKISTAN: 20 TERBUNUH VAN TERJUNAM DALAM SUNGAI

KARACHI: Sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh selepas sebuah van penumpang terjunam ke dalam Sungai Indus di utara Pakistan hari ini, demikian menurut laporan pihak berkuasa dan media tempatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan van yang membawa 25 penumpang itu terjunam ke dalam sungai di daerah Skardu, destinasi pelancongan terkenal, yang bersempadan dengan China.

Ghulam Murtaza, penolong pesurujaya daerah memberitahu pemberita yang insiden itu berlaku ekoran van terbabit dipandu laju iaitu punca kebiasaan bagi kemalangan berlaku di wilayah pergunungan itu.

Stesen penyiar tempatan GNN pula melaporkan 12 mayat telah dijumpai pasukan penyelamat dengan lima mangsa cedera diselamatkan.

Pencarian lapan lagi mangsa sedang dijalankan, demikian laporan stesen penyiar itu.

Murtaza berkata situasi kecemasan diisytiharkan di hospital daerah terbabit. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading