Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN GESA UNSC SOKONG GENCATAN SENJATA SERTA-MERTA DI GAZA

DALAM NEGARA

PALESTIN GESA UNSC SOKONG GENCATAN SENJATA SERTA-MERTA DI GAZA

Sumber Gambar: Media Sosial

RAMALLAH: Palestin menggesa semua ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengundi menyokong resolusi menuntut gencatan senjata serta-merta dan melindungi orang awam di Gaza, berdasarkan Artikel 99 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Palestin sudah tiba masanya untuk menerima pakai resolusi itu bagi menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ke atas rakyat Palestin oleh tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, lapor WAFA.

Bantuan kemanusiaan tanpa halangan perlu dilaksanakan segera dan sekatan yang disengajakan oleh rejim Israel telah mengakibatkan situasi bertambah buruk khususnya di Semenanjung Gaza.

Palestin juga menggesa UNSC menghantar delegasi untuk menilai malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri korban yang disebabkan kekejaman Israel. 

UNSC akan bermesyuarat pada Jumaat untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza berdasarkan mandat Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengikut Artikel 99.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading