PAMERAN SENI KHAT, SEJARAH CINA MUSLIM MARTABAT WARISAN KARYA SENI TAMADUN ISLAM
Menerusi pameran ini juga dapat memperkasakan bidang komunikasi Islam yang menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan komunikasi dan digunakan masyarakat terdahulu.
Yusuf Liu Baojun melihat seni khat kayu yang dipamerkan pada Pameran Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim @ Melaka. — fotoBERNAMA
MELAKA: Pameran Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim @ Melaka dilihat dapat memartabatkan peninggalan warisan seni budaya yang menunjukkan semangat pertukaran pelbagai tamadun Islam yang kaya dan berwarna-warni daripada sudut sejarah dan karya seni.
Penulis kaligrafi Cina Muslim berasal dari Daerah Wilayah Gangsu, China, Yusof Liu Bao Jun berkata ia juga secara tidak langsung dapat memartabatkan seni penulisan khat melalui pameran yang berlangsung selama tiga bulan, dari 28 Julai hingga Oktober depan di Balai Syed Sheikh Al-Hadi Bastion House, Banda Hilir.
“Melaka merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai peninggalan sejarah termasuk penemuan arkeologi dan sejarah kewujudan serta perkembangan orang Cina Muslim di negeri ini selain seni bina masjid-masjid lama yang turut dipengaruhi seni bina Cina Muslim.
“Melaka juga dipilih lokasi pertama pameran ini kerana negeri ini mempunyai sejarah dan hubungan erat dengan kerajaan China sejak zaman dahulu, dan dapat dilihat menerusi hubungan pemerintah Melaka dengan China sejak zaman dahulu selain banyak tinggalan sejarah yang masih lagi ada di Melaka hingga kini,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu Majlis Perasmian Pameran dan Pelancaran Buku Seni Khat dan dan Sejarah Cina Muslim itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di sini, semalam.
Lebih 300 koleksi tulisan khat dan artifak sejarah berkaitan masyarakat Cina Muslim dipamerkan kepada pengunjung yang bermula sejak 28 Julai lepas selain koleksi tulisan khat milik Yusuf yang juga Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Cina dihasilkan oleh beliau menerusi lima jenis tulisan, antaranya Cina, Arab dan Jawi, Jepun dan Uyghur selain 31 koleksi buku tulisannya melibatkan peradaban dan ketamadunan masyarakat Cina Muslim sejak 1982.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Akramuddin Ab Aziz berkata menerusi pameran itu ia juga dapat memperkasakan bidang komunikasi Islam yang menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan komunikasi dan digunakan masyarakat terdahulu.
“Kalau kita lihat bahawa dengan kehadiran Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka pada suatu ketika dahulu, pada ketika itu pun tulisan khat telah dijadikan perantara.
“Pameran ini turut menampilkan pelbagai seni khat klasik, seramik, pasu, syiling purba dan ukiran kayu yang pelbagai karakter seperti seramik yang mempunyai tulisan Arab, numismatik Cina bercirikan Islam berkaitan budaya dan ketamadunan Cina dan Islam,” katanya. –Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.