Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PARLIMEN BERSIDANG LIMA HARI BERMULA 26 JULAI

DALAM NEGARA

PARLIMEN BERSIDANG LIMA HARI BERMULA 26 JULAI

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai bagi Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos 2021.

“Mesyuarat ini bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara da meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen,” jelas kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Mesyuarat Parlimen itu dimaklumkan akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenyataan tersebut turut memaklumkan Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading