Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA

DALAM NEGARA

PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA

Auntie Anne’s Malaysia dalam kenyataannya berkata susulan tindakan pekerja yang dikenali sebagai Alice Chang itu, cawangan syarikat tersebut di pusat beli belah Mid Valley turut ditutup buat sementara waktu.

KUALA LUMPUR: Pekerja sebuah syarikat francais makanan Auntie Anne’s, yang tular gambarnya mencium doh roti, telah diberhentikan kerja serta-merta.

Auntie Anne’s Malaysia dalam kenyataannya berkata susulan tindakan pekerja yang dikenali sebagai Alice Chang itu, cawangan syarikat tersebut di pusat beli belah Mid Valley turut ditutup buat sementara waktu.

“Sebagai langkah proaktif kami, cawangan terlibat akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan,” katanya hari ini.

Syarikat tersebut memaklumkan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tindakan tersebut selain komited dalam menjaga piawaian kebersihan dan keselamatan untuk pelanggan serta kakitangannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    9 October 2024 at 8:20 PM

    Rajin Hijrah promo tindakan premis ni..ada status halal jakim ke?????

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading