DALAM NEGARA
PEKERJA KEBUN DIDAKWA BUNUH PASANGAN KEMBARNYA
Hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan kembar itu selepas mangsa tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu.
Hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan kembar itu selepas mangsa tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu.

BANTING: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pasangan kembarnya, di Kampung Bukit Cheeding, dekat sini, 11 Mac lepas.
Pekerja kebun sayur, B.Velukumar, 37, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Velukumar didakwa membunuh B. Velakumar di tepi Jalan Sri Cheeding, Kampung Bukit Cheeding, Banting, Kuala Langat antara 4 hingga 5 petang, 11 Mac lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei depan untuk serahan laporan bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 12 Mac lepas, media melaporkan bahawa polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati pasangan kembarnya di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh sebelum ini memaklumkan, hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan kembar itu selepas mangsa tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu.
Lelaki itu ditahan selepas dia dibawa majikan si mati ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 10.45 malam hari yang sama. –AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat kerana proses siasatan masih berjalan dan mereka...
Yang di-Pertuan Agong perkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang membahayakan...
Hukuman mati terhadap lelaki OKU pekak dan bisu yang membunuh empat sekeluarga dalam kebakaran rumah di...
Lapan lelaki termasuk dua beradik yang menganggotai kumpulan kongsi gelap dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam...
Seorang lelaki dipercayai mengambil telefon bimbit milik seorang wanita secara pickpocket sebelum berpura-pura membantu mencari telefon berkenaan...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.