Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELABURAN TETAP BERTAMBAH MESKIPUN BERBEZA PENDIRIAN DENGAN BARAT DALAM ISU GAZA – ANWAR

DALAM NEGARA

PELABURAN TETAP BERTAMBAH MESKIPUN BERBEZA PENDIRIAN DENGAN BARAT DALAM ISU GAZA – ANWAR

KULIM: Negara terus menerima lonjakan pelaburan meskipun pendirian Malaysia bertentangan dengan negara-negara Eropah dalam isu Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Bersama Pemain Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di SilTerra Malaysia hari ini.

KULIM: Negara terus menerima lonjakan pelaburan meskipun pendirian Malaysia bertentangan dengan negara-negara Eropah dalam isu Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertambahan pelaburan itu termasuklah dalam bidang elektrik dan elektonik (E&E) yang terus menjadi fokus utama Malaysia.

“(Pelaburan) E&E dari Amerika Syarikat (AS) besar, 26 peratus. Thats huge (ini amat besar) sebab itu walaupun beberapa pendirian (negara) dalam soal Gaza juga keras dan berbeza, bertentangan dengan AS tetapi dari segi pelaburan, dia juga jaga kepentingan dia, kita juga jaga kepentingan kita. Sebab itu pelaburan tetap bertambah.

“Tetapi kita juga beralih ke negara China dari segi E&E juga tumbuh selain EV (kenderaan elektrik). China dapat mengatasi dari segi kos dan kecekapan terutama dalam pengeluaran bateri,” kata beliau pada sesi libat urus Belanjawan 2025 bersama pemain industri E&E di kilang SilTerra Malaysia, di sini, hari ini.

Selain itu, Anwar berkata rakan sejawat beliau dari Jerman Canselor Olaf Scholz juga memberikan sokongan kepada syarikat gergasi semikonduktor negara tersebut, Infineon Technologies AG, untuk membuat pelaburan besar di Malaysia walaupun berbeza pendapat dalam soal Gaza.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading