Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar penerangan ketika Sesi Galeri Walk – Gear Up di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 7 Ogos 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) komited mendukung usaha kerajaan memperkasa ekonomi negara melalui inisiatif membabitkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) selaras dengan Ekonomi MADANI.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata sejak penubuhan lebih enam dekad lepas, TH telah menyalurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Beliau berkata selaku organisasi pengurusan simpanan patuh Syariah bagi tujuan mengerjakan ibadah haji, TH turut menyahut tanggungjawab menerajui serta memperluas peranan perbankan Islam dalam menyalurkan bantuan lebih teratur kepada golongan memerlukan.
“Kami beriltizam untuk mengukuhkan kelestarian impak sosial negara menerusi instrumen kewangan Islam.
“Komitmen memperkasa penyaluran bantuan ini dapat dilihat melalui kejayaan pelaksanaan inisiatif Sadaqa House yang dikelola oleh syarikat sekutu kumpulan TH iaitu Bank Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pagi ini mengenai enam GLIC utama negara, termasuk TH yang memberi komitmen secara kolektif membuat pelaburan langsung domestik sebanyak RM120 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Inisiatif diterajui MOF di bawah pelaksanaan fasa pertama program GEAR-uP, adalah sebagai memangkin sektor ekonomi utama negara.
Menjelaskan selanjutnya, Syed Hamadah berkata dana bernilai lebih RM25 juta daripada inisiatif Sadaqa House telah disalurkan untuk meningkatkan kemampuan 1,200 usahawan mikro menerusi program pembiayaan mikro iTEKAD.
Selain itu, dana Sadaqa House turut dimanfaatkan untuk memelihara kesejahteraan hidup dan pendidikan kepada hampir 10,000 penerima manfaat termasuk 86 anak yatim yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi manakala selebihnya daripada golongan asnaf dan B40 di seluruh negara menerusi pelbagai usaha dan program.
“TH berharap dengan adanya kerjasama dengan GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan lain dalam inisiatif memperkasa ekonomi MADANI ini, lebih banyak syarikat-syarikat terbabit turut memperuntukkan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi tujuan berkenaan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager