Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIS PERUNTUK RM2.4 JUTA AGIHAN TUNAI FIDYAH WANG SAKU PELAJAR

DALAM NEGARA

MAIS PERUNTUK RM2.4 JUTA AGIHAN TUNAI FIDYAH WANG SAKU PELAJAR

KUALA SELANGOR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM2.4 juta bagi agihan tunai fidyah wang saku pelajar membabitkan 8,000 penerima seluruh negeri untuk tahun ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua, kanan) menyerahkan replika cek sumbangan fidyah MAIS bernilai RM2.4 juta kepada Timbalan naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Selangor Dr Abdul Razif Zaini (dua kiri) ketika Majlis Pelancaran Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar hari ini. – Bernama

KUALA SELANGOR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM2.4 juta bagi agihan tunai fidyah wang saku pelajar membabitkan 8,000 penerima seluruh negeri untuk tahun ini.

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata peruntukan itu adalah termasuk dalam peruntukan bajet agihan fidyah keseluruhan untuk Selangor berjumlah RM12.4 juta bagi tahun ini.

Abdul Aziz berkata agihan fidyah wang saku pelajar pada tahun ini akan diagih dan diuruskan oleh lapan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang dilantik iaitu terdiri dari enam universiti awam serta swasta iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia, Universiti Islam Selangor, Management & Science University dan Universiti Selangor.

“Dua agensi di bawah MAIS turut dilantik sebagai RSAFM iaitu Jabatan Agama Islam Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan,” katanya dalam ucapan pelancaran Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar di UiTM cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam hari ini.

Abdul Aziz berkata program berkenaan merupakan salah satu daripada inisiatif agihan fidyah MAIS dengan menyalurkan wang saku kepada pelajar yang layak, bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup semasa belajar.

Beliau berkata kriteria penerima agihan fidyah wang saku itu meliputi pelajar tergolong dalam kalangan yang layak, sebagaimana ditetapkan oleh hukum syarak iaitu fakir dan miskin atau miskin sementara.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan pelajar, tetapi juga menyokong usaha MAIS dalam memperkukuhkan sistem sokongan pendidikan di Selangor,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading