Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR CEDERA PARAH TERJATUH DARI JEJANTAS

DALAM NEGARA

PELAJAR CEDERA PARAH TERJATUH DARI JEJANTAS

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini cedera parah selepas terjatuh dari jejantas setinggi 10 meter di sekolahnya hari ini.

CHUKAI: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini cedera parah selepas terjatuh dari jejantas setinggi 10 meter di sekolahnya hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata jejantas tersebut digunakan pelajar berkenaan kerana ia menghubungkan dua blok akademik yang terletak di seberang jalan. 

“Mangsa dikatakan mahu pergi ke blok bertentangan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin dan terjatuh ketika berada di jejantas tersebut pada 7.30 pagi.

“Polis yang mendapat laporan terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Hanyan berkata akibat kejadian itu, pelajar tersebut dilaporkan patah pinggang dan beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading