Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR SABK AL YAHYAWIAH DAN SMK JATI POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

PELAJAR SABK AL YAHYAWIAH DAN SMK JATI POSITIF COVID-19

IPOH: Dua pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas disahkan positif COVID-19, semalam.

Exco Jawatankuasa Pendidikan Perak Razman Zakaria berkata, turut disahkan positif seorang pelajar Sekolah Menengah (SMK) Jati, Ipoh.

Susulan itu, kedua-dua sekolah terbabit ditutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 November.

“Kedua-dua sekolah terbabit akan dibuka semula pada 12 November namun bergantung pada keadaan semasa.

“Pelajar serta kakitangan sekolah ini pula telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing,” katanya.

Ujar Razman, penutupan sekolah terbabit dibuat bagi kerja-kerja sanitasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Minggu lalu, dua sekolah iaitu SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai dan SMK Pekan Baru, Parit Buntar turut ditutup berikutan penularan COVID-19.–AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading