Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAN DAMAI TRUMP TERUSKAN DOMINASI APARTEID KE ATAS PALESTIN: TUN M

DALAM NEGARA

PELAN DAMAI TRUMP TERUSKAN DOMINASI APARTEID KE ATAS PALESTIN: TUN M

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelan damai Trump atau “Deal of the Century”, hanya akan meneruskan dominasi pendudukan seperti dasar aparteid ke atas rakyat Palestin.

Dr Mahathir menegaskan bahawa Malaysia mendapati rancangan itu tidak dapat diterima dan amat tidak adil.

Beliau berkata penyerahan bandar suci Baitulmaqdis Timur (Jerusalem) kepada pihak Israel itu, tidak mempedulikan perasaan jutaan umat Islam dan Kristian di seluruh dunia.

“Perkara ini hanya akan membawa lebih banyak konflik di rantau ini dan kemarahan berbilion masyarakat seluruh dunia,” katanya dipetik agensi berita BERNAMA ketika merasmikan Persidangan Ketiga Liga Parlimen Al-Quds di sini hari ini.

Dr Mahathir juga menyifatkan pelan damai Trump itu satu tawaran berat sebelah dipeloporii Amerika Syarikat dan Israel, tanpa rundingan dengan pihak Palestin, sekaligus menggagalkan usaha keamanan di wilayah konflik itu.

Beliau berkata pelan damai itu juga hanya mengiktiraf kuasa besar yang menjajah tetapi pada masa sama mengetepikan hak warga Palestin yang ditindas.

Pelan damai itu amat mengecewakan setelah tujuh  dekad hanya satu pihak daripada penyelesaian dua negara telah dibentuk iaitu Israel, ketika warga Palestin masih bergelut menuntut keadilan, keamanan dan negara yang berdaulat, katanya.

Persidangan itu dihadiri 500 peserta, termasuk pemimpin dari serata dunia yang menyokong perjuangan Palestin.

Pengerusi persidangan, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, persidangan selama dua hari itu akan membincangkan isu Palestin, termasuk pelan damai timur tengah diumumkan Trump sebelum ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PELAN DAMAI TRUMP TERUSKAN DOMINASI APARTEID KE ATAS PALESTIN: TUN M – Viral Meletop

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading