PELAN TINDAKAN AGENSI AGAMA PERKASA KOMUNITI OKU MUSLIM – MOHD NA’IM
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Agensi Agama bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim 2024–2028 sebagai panduan dan rujukan kepada agensi yang terlibat dalam usaha memperkasakan komuniti OKU beragama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika bertemu pengamal media selepas Pelancaran Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi Orang Kurang Upaya Muslim 2024-2028 di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Agensi Agama bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim 2024–2028 sebagai panduan dan rujukan kepada agensi yang terlibat dalam usaha memperkasakan komuniti OKU beragama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pelan yang kali pertama dibangunkan itu sejajar dengan Dasar OKU Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta semangat Matlamat Pembangunan Mampan yang memastikan setiap orang tidak akan terpinggir dalam mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.
“Kita mengharapkan dengan pelan tindakan ini, semua aktiviti dan program yang dibangunkan berdasarkan lima teras berkaitan kesejahteraan insan akan dapat dilaksanakan dengan baik, demi memastikan kita dapat mengangkat karamah insaniah (kemahiran yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kemahiran interpersonal),” katanya kepada media selepas melancarkan pelan itu di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata pelan itu mula dibangunkan sejak 2020 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ia juga mendukung Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Kebangsaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kerajaan katanya, hendak memastikan golongan OKU diberikan keistimewaan dan layanan antaranya dari sudut atau hak mereka untuk beribadah seperti penyediaan kemudahan di masjid bagi menggalakkan lebih ramai OKU ke rumah ibadat itu.
“Dari segi kemudahan di mahkamah pula, kita mahu berikan kemudahan supaya golongan OKU ini mendapat keadilan ketika memfailkan tuntutan mereka di Mahkamah Syariah,” katanya.
Mohd Na’im berkata diharapkan majlis dan jabatan agama Islam di setiap negeri dapat menggunakan pelan tindakan berkenaan agar lebih ramai OKU mendapat manfaat daripada pelan lima tahun itu.
Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024–2028 menggariskan lima teras, 12 strategi dan 39 program dan antara terasnya ialah memperkukuh dakwah OKU bagi kesejahteraan ummah, mengukuhkan institusi kekeluargaan Islam OKU ke arah pembentukan generasi harmoni dan meningkatkan sistem OKU ke arah pembentukan masyarakat prihatin.
Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, beliau berkata segala perbincangan atau perdebatan mengenai rang undang-undang itu perlu berdasarkan fakta dan ilmu pengetahuan.
“Ada pihak yang menyokong dan ada juga membantah. Saya berharap sangat agar perbincangan yang diadakan itu mesti didasarkan kepada fakta bukan emosi,” katanya.
Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 2 Julai lepas, antaranya untuk memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests